Kadang kala hidup ini perlukan pengorbanan dan tahap kesabaran yang amat tinggi...walaupun jauh disudut hati rasa terluka, tapi ia terpaksa juga dituruti. Bukan mudah untuk kita melaksanakan sesuatu perkara sekiranya ia bukan datang dari kemahuan kita sendiri. Kadang kala sesuatu yang kita rancang pada awalnya membuatkan kita gembira dan bahagia tapi tiba2 disaat-saat akhir ia terpaksa berubah demi untuk mencapai sesuatu perkara. Di saat dan ketika inilah perngorbanan yang amat tinggi dan tahap kesabaran yang amat dalam perlu ada dalam diri seseorang individu. Tapi hanya DIA saja yang tahu betapa pedih dan terasanya hati seseorang itu demi untuk merealisasikan impian, kemahuan dan kehendak seseorang. Inilah yang dikatakan "kita hanya mampu merancang, tapi DIA yang menentukan"....kita terpaksa akur dengan qada' dan qadar darinya....mungkin apa yang telah tertulis itu bakal mendatangkan kebaikan pada kita sebagai hambanya...InsyaAllah..
Tapi bila kita fikirkan, sampai bila la kita sebagai individu ini perlu melakukan pengorbanan yang amat tinggi sedangkan kita terluka. Dan ia juga membawa kita untuk merenung sejenak adakah selama ini pengorbanan yang kita buat dihargai ataupun disedari ataupun dipandang oleh orang lain??? Sejauh mana la DIA bakal menguji tahap kesabaran kita ini...adakah kita melepasinya ataupun kita ini hanya diuji untuk menambahkan lagi perkara buruk dalam diri kita ini? Seseorang individu tidak dapat menilainya kecuali DIA Yang Maha Esa....
Dari pengorbanan kadang kala membawa seseorang individu itu menjadi lebih baik atau sebaliknya...Ya, mungkin terlalu banyak pengorbanan yang ditabur sehinggakan seseorang individu itu menjadi bertambah bosan ataupun bila pengorbanan yang diberikan langsung tidak dinilai ataupun disedari. Tapi sebaliknya sekiranya individu yang berkorban itu redha dan faham akan situasi yang berlaku ia mungkin dapat memberikan ketenangan dan kebahagian dalam kehidupannya...Itulah perlunya pengorbanan datang bersekali dengan kesabaran yang amat tinggi....Nescaya satu hari nanti kita bakal mendapat ganjaran yang setimpal dariNya atas pengorbanan yang kita lakukan. InsyaAllah....
Coretan ini hanyalah sekadar untuk renungan kita bersama...ia mungkin juga dapat memberikan kita kesedaran dan keinsafan. Perkara ini adalah perkara yang sering berlaku dalam kehidupan kita sebagai hambanya....
4 comments:
Kesabaran dan pengorbanan PERLU dalam kehidupan.. Sebagai manusia kita sepatutnya tidak mengharap setiap detik, masa dan apa jua jenis pengorbanan yang telah kita lakukan dibalas dengan kebaikan. TETAPI sekadar mampu mengharap 'mereka' rasa simpati dan memahami keadaan yang kita lalui.. (walaupun pada hakikatnya 'mereka' tidak akan cuba untuk faham ataupun buat-buat tak faham.. entahlah...) Kadangkala kita rasa hari-hari yang kita lalui penuh dengan pengorbanan yang tidak mampu dibalas oleh 'mereka', CUMA ingat kita tidak keseorangan.. Ada tempat untuk kita mengadu dan berdoa supaya kesabaran dan pengorbanan kita dapat bertahan sehingga ke akhir hayat..
Memang betul sue...aku setuju ngan pendapat tu..tula, sebagai hambanya di muka bumi ini kita harus sedar setiap detik yg kita lalui DIA sentiasa ada dan peka terhadap umatnya...walaupun ada diantara golongan 'mereka' yg tidak pernah mengerti dan memahaminya...Hanya DIA yg dapat memahami hati setiap individu..harap kesabaran dan pengorbanan dalam diri kita semua ini dapat bertahan hingga akhir hayat...
nak jadik macam mas.. "andai dapat kuundurkan putaran dunia".... hehe.. TAPI tak boleh undur2 lagi tau.. SEBAB apa yang berlaku pada kehidupan mungkin yang TERBAIK untuk kita.. Cuma masa dan takdir yang akan menentukan APAKAH disebalik maksud tersirat TERBAIK tu.. ;-p
Betul sue...hanya ungkapan "Innallillah hi wainaillahirojiun...Ya Allah aku redha dan sabar dengan segala ujian yang engkau berikan pada ku...Aku berharap agar segala keredhaan dan kesabaran atas ujian ku ini mendapat ganjaran yang paling baik untuk diri ku...amin.."
(ini doa yang diberi oleh pakar motivasi kita Dato' Dr. Fadhilah Kamsah...itu yang termampu untuk kita lakukan...
Post a Comment