Wednesday, December 16, 2009

Tapi.. Papa buat kat Mama boleh?

Terkedu…!!!! Itu saja satu perkataan yang mengambarkan perasaan aku saat aku mendengar kisah yang diceritakan teman. Aku tidak mampu untuk berkata, marah tak mampu aku zahirkan, tapi sedih yang teramat rasanya..

Kisahnya :

Nini bekerja disebuat pusat asuhan dikawasan elit yang kebanyakkannya didiami orang melayu di X . pusat asuhan yang menempatkan anak2 golongan bijak pandai dan dah tentunya juga berada. Pusat asuhan yang bagus, system yang teratur, disiplin yang baik. Malah bagusnya majikan Nini menerapkan nilai2 pendidikan Islam sedari kanak2 ini kecil lagi.

Dari peringkat bayi hinggalah prasekolah, terdapat lebih kurang 50 org semuanya anak2 jagaan mereka. Semua berjalan lancar hinggalah pada satu hari, mereka menerima seorang ahli baru, kanak2 lelaki berusia 4 tahun. Daniel namanya. Kecil tapi teserlah ketampanan wajahnya seiras wajah siayah. Di pusat asuhan itu juga ada seorang budak perempuan berusia lingkungan 3 tahun, Norish yang juga sangat comel dan cantik.

Kelihatan dari hari pertama, Daniel sudah mula tertarik untuk berkawan dengan Norish. Kemana Norish kesitulah Daniel mengekori. Apa pun aktiviti yang dilakukan Norish, Daniel pasti akan turut sama.

Di dlm pusat asuhan itu, bayi akan diletakkan satu bilik, kanak2 lelaki dan kanak2 perempuan juga akan diletakkan dibilik berasingan. Tiap hari selepas makan tengahari, mereka akan dikerahkan untuk tidur dan tentunya dalam bilik masing2.

Pada satu hari, Nini yang sedang memeriksa setiap bilik bagi memastikan tiada masalah telah terkejut kerana terlihat kelibat Daniel duduk disisi Norish yang sedang tidur sambil mengusap2 wajah nya. Nini segera mendapatkan mereka dan memujuk Daniel untuk pergi kebilik kanak2 lelaki dan tidur.
Esoknya waktu ada aktiviti bermain, Daniel kelihatan begitu rapat dan mesra kepada Norish, dibelainya rambut Norish dan diciumnya pipi Norish. Nini mula rasa pelik. Tapi merasakan itu sekadar biasa untuk kanak2 seusia, yang mungkin menunjukkan sayang, maklumlah kebiasan kita juga mencium kanak2.

Tengahari itu, sama seperti semalam, Daniel sekali lagi ke bilik Norish dan rupanya di berbaring sebelah Norish dan terlelap sama sambil tanggan nya memeluk Norish. Bila Nini kejutkan dia menangis kerana tidak mahu tidur dibilik kanak2 lelaki.

Kebetulan hari itu keluarga Norish lambat datang menjemput. Norish bermain2 dan seperti biasa Daniel adalah peneman yang setia. Kali ini dia agak bertindak luar biasa, memeluk dan membelai Norish. Nini seperti biasa akan menegah dan memisahkan pelukan itu.

Namun hari ini adalah kemuncak kepada apa yang selama ini menjadi tanda tanya kepada Nini..hari itu kebetulan hujan. Tiada aktiviti bermain diluar. Semua kanak2 bermain di dalam bangunan. Tapi tidak kelihatan Daniel mahupun Norish. Puas dicari kelibat mereka diserata bilik tapi tidak ketemu.

Akhirnya Nini separuh pengsan bila dia menolak pintu stor dibelakang dan terlihat Daniel yang berusia 4 tahun itu duduk dipeha Norish dan sedang mencium perut Norish sambil melondehkan seluarnya dan Norish sudah tidak berbaju Cuma yang tinggal seluar dalam!!!

Pantas Nini menjerit dan mengangkat Daniel sambil Norish menangis (mungkin terkejut kerana Nini menjerit, sebab sebelumya dia hanya diam). Norish segera dipakaikan baju dan Daniel juga segera di paksa memakai semula seluarnya.

Di bilik pengetua yang tenang dalam ribut. Daniel ditanya mengapa dia bertindak demikian dan dengarlah jawapannya

“Papa buat kat mama boleh, kata papa dan mama tu cara kita nak tunjuk kita sayang, kalau kita sayang kita buatlah macam tu” !!!!!!!!!

Segera keluarga Daniel dipanggil, pada mulanya mereka menafikan cerita Daniel, tapi bila Nini dan pengetua menceritakan perbuatan Daniel kepada Norish.. si ibu terkejut dan mula menangis sambil mengakui sebenarnya ini adalah pusat asuhan yang ke 3 mereka tukarkan Daniel. Tapi kejadian yg sama telah juga terjadi. Pengetua secara diplomasi menasihatkan mereka dan minta agar anak mereka dirujuk kepada pakar untuk mendapatkan rawatan.

Bapa Daniel agak ego dan tidak mahu menerima teguran dan agak sombong dengan mendakwa tidak ada apa silapannya tapi ibu Daniel mengaku bahawa Daniel pernah beberapa kali melihat mereka melakukan hubungan intim. Pada mulanya mereka agak kekok ,tapi akhirnya merasakan tiada apa yg perlu dirisaukan kerana Daniel masih kecil, tapi rupanya kesan dari tindakkan itu telah merosakkan ‘jiwa’ Daniel. Apatah lagi dgn penjelasan yang salah.

Moral : sebagai ibubapa, tolonglah!! Usah risau dengan anak yang kurang mendengar kata2 kita kerana mereka lebih terdidik dari apa yang mereka lihat iaitu tingkah laku kita. Dalam islam juga ada garis panduan antara anak dan ibu bapa, batas aurat dan juga waktu bila yang boleh dan tidak anak2 untuk masuk kebilik ibubapa.

Anak2 sekarang bukan macam anak2 dahulu, mereka sangat pantas berfikir dan naluri ingin tahu lebih hebat, selaras dengan kemajuan dunia. Jadi tolonglah agar berhati2 dalam hal2 yang sebegini. Bila ketika dan waktu yang sepatutnya dan tidak sepatutnya mereka ketahui, supaya kisah seperti ini tidak berulang..

Ah jantung ku .. kau bagai ditusuk sembilu..

Tuesday, November 17, 2009

Kebaikan dan keburukan....mana satu lebih diingati??

Kita sebagai makhluk Allah dimuka bumi ini tidak pernah terlepas dari melakukan perkara-perkara yang mendatangkan kebaikan dan juga keburukan terhadap individu lain. Memang dua perkara ini menjadi lumrah kehidupan seharian kita yang mewarnai dan mencorakkan perjalanan dan permainan dalam kehidupan seharian kita. Kebaikan dan keburukan yang kita lakukan dengan sengaja mahupun tidak, ia hanya dapat dinilai oleh insan disekeliling kita dan bukannya diri sendiri. Kadangkala kita rasa ianya satu kebaikan, tapi pabila dinilai oleh individu sekeliling ianya bukan satu perkara yang mendatangkan kebaikan...malahan ianya telah mendatangkan keburukan pada individu lain....begitula sebaliknya....

Tapi.....dua perkara ini kadang kala membawa kita berfikir sejenak, sejauh mana sesuatu kebaikan itu dinilai dan diingati oleh individu terlibat????Dapat ke sesuatu kebaikan yang kita lakukan itu bertahan dalam lubuk hati sanubari 'mereka'???Sekiranya kebaikan itu dapat diingati, sejauh manakah ia mampu melekat diingatan 'mereka'???Adakah selama bertahun2 lamanya ataupun hanya seketika saja???Benarkah kebaikan itu akan hilang begitu saja???

Benarkah kata orang sesuatu kebaikan akan lenyap dalam kotak fikiran kita tanpa kita sedari dan ianya tidak dapat diimbau semula oleh 'mereka'. Mungkin benar....tambahan pula sesuatu kebaikan itu telah dilitupi oleh perkara keburukan yang kita lakukan pada 'mereka'. Cuba kita renung sejenak, kalau kita melakukan 100 kali kebaikan adakah ia akan sentiasa terpahat dalam hati 'mereka'...kalau ada pun berapa banyak??? 100, 50, 10, 1 ataupun tidak ada langsung? Tapi jika kita melakukan hanya 1 perkara yang buruk atau jahat, ia akan sentiasa diingati dan terpahat dalam sanubari 'mereka' sampai bila-bila dan kemungkinan hingga hujung nyawa...Dan 1 perkara keburukan ini amat besar impaknya kerana ia boleh menghapuskan 100 perkara kebaikan yang pernah kita lakukan terhadap 'mereka'.

Bukan kita mahukan balasan ataupun ganjaran diatas kebaikan yang telah kita berikan, tapi cukuplah hanya sekadar untuk 'mereka' menilai dan menghargainya. Jangalah 'mereka' tutup kebaikan kita ini diatas 1 perkara keburukan yang kita telah lakukan. Dapatlah kiranya 'mereka' menilai kembali segala kebaikan dan pengorbanan yang telah kita berikan sebelum 'mereka' menjatuhkan sebarang hukuman mahupun andaian yang buruk terhadap kita.

Inilah lumrah kehidupan....ianya berlaku pada setiap individu dalam situasi yang berbeza-beza. Coretan ini hanya sekadar renungan untuk kita bersama. Mudah-mudahan ia dapat memberi kebaikan dan kesedaran dalam diri kita. Dan semoga ia juga dapat membentuk diri kita menjadi insan yang lebih prihatin dan memahami hati budi insan lain...Hargailah setiap cebis kebaikan dan pengorbanan yang telah mereka taburkan pada kita ataupun keluarga kita. Janganlah hanya 1 keburukan yang dia lakukan memadam semua kebaikan dan pengorbanan yang telah dia berikan selama ini. Kadang kala tanpa kita sedari kita telah melukai hati 'mereka' dengan kata-kata dan keputusan ataupun hukuman yang kita ambil. Ingatlah setiap insan disekeliling kita ini punya hati dan perasaan, sama-samalah kita bertolak ansur dan menjaga hati dan perasaan mereka demi untuk mencapai 1 kepuasan kedua-dua individu....

Monday, November 16, 2009

Kesabaran dan pengorbanan...

Kadang kala hidup ini perlukan pengorbanan dan tahap kesabaran yang amat tinggi...walaupun jauh disudut hati rasa terluka, tapi ia terpaksa juga dituruti. Bukan mudah untuk kita melaksanakan sesuatu perkara sekiranya ia bukan datang dari kemahuan kita sendiri. Kadang kala sesuatu yang kita rancang pada awalnya membuatkan kita gembira dan bahagia tapi tiba2 disaat-saat akhir ia terpaksa berubah demi untuk mencapai sesuatu perkara. Di saat dan ketika inilah perngorbanan yang amat tinggi dan tahap kesabaran yang amat dalam perlu ada dalam diri seseorang individu. Tapi hanya DIA saja yang tahu betapa pedih dan terasanya hati seseorang itu demi untuk merealisasikan impian, kemahuan dan kehendak seseorang. Inilah yang dikatakan "kita hanya mampu merancang, tapi DIA yang menentukan"....kita terpaksa akur dengan qada' dan qadar darinya....mungkin apa yang telah tertulis itu bakal mendatangkan kebaikan pada kita sebagai hambanya...InsyaAllah..
Tapi bila kita fikirkan, sampai bila la kita sebagai individu ini perlu melakukan pengorbanan yang amat tinggi sedangkan kita terluka. Dan ia juga membawa kita untuk merenung sejenak adakah selama ini pengorbanan yang kita buat dihargai ataupun disedari ataupun dipandang oleh orang lain??? Sejauh mana la DIA bakal menguji tahap kesabaran kita ini...adakah kita melepasinya ataupun kita ini hanya diuji untuk menambahkan lagi perkara buruk dalam diri kita ini? Seseorang individu tidak dapat menilainya kecuali DIA Yang Maha Esa....
Dari pengorbanan kadang kala membawa seseorang individu itu menjadi lebih baik atau sebaliknya...Ya, mungkin terlalu banyak pengorbanan yang ditabur sehinggakan seseorang individu itu menjadi bertambah bosan ataupun bila pengorbanan yang diberikan langsung tidak dinilai ataupun disedari. Tapi sebaliknya sekiranya individu yang berkorban itu redha dan faham akan situasi yang berlaku ia mungkin dapat memberikan ketenangan dan kebahagian dalam kehidupannya...Itulah perlunya pengorbanan datang bersekali dengan kesabaran yang amat tinggi....Nescaya satu hari nanti kita bakal mendapat ganjaran yang setimpal dariNya atas pengorbanan yang kita lakukan. InsyaAllah....
Coretan ini hanyalah sekadar untuk renungan kita bersama...ia mungkin juga dapat memberikan kita kesedaran dan keinsafan. Perkara ini adalah perkara yang sering berlaku dalam kehidupan kita sebagai hambanya....

Thursday, October 8, 2009

Kisah benar: bagi menyentuh jiwa2 yg perlukan bahan pelembut.....

Cerita di bawah hanya sekadar renungan untuk kita bersama. Semoga ia dpt memberi kita keinsafan dan kesedaran atas segala yang telah kita kecapi dan nikmati sehingga kini...insyaAllah...
Bersyukurlah.....kita lebih ''mewah'', ''senang'', ''berkemampuan'' dari sebhg. org lain....jgn banding dgn yg lebih mewah..... banding dgn yg lebih susah..... Semoga kita boleh menceritakan ''pada anak anak kita'' tentang orang lain yg tidak bernasib baik.
Kawan saya sangat mengkagumi kerjayanya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu. Ceritanya kepada saya adalah begini.....
Ceritanya:
Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat.
Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan. Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.
Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.
Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah. Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan.
Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. "Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?" Dia terkejut dan wajahnya berubah. "Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya "Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?" " Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu."
Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......." Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu......
Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang 'guru', sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;
i. Solat sunat
ii. puasa sunat
iii. berzikir
iv. bersedekah
v. mengusap rambut anak yatim
vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain
vii. membantu orang susah
T/K kerana dapat saya berkongsi pengajaran dengan anda/tuan/puan/dato2 > semua.......

Wednesday, September 23, 2009

Monday, September 7, 2009

Berbuka puasa di rumah sue & azrul

Aku, suami n irfan dapat undangan special berbuka posa di rumah azrul n sue...sebelum kita org gerak ke umah dia rg, sempat la abiskan masa g bershopping baju raya irfan esp n plus bj kita org..wah puas la membeli belah kat ioi mall...tp masih belum abis lg bershopping..dis week nk g lg..

Pas je abis shopping tu kita org terus gerak ke bangi..niat mula2 nk singgah ke baza ramadhan di bangi tp dh x sempat sesgt..mana x nye kuar dr ioi tu dh kul 6.30..so btl2 pecut ler nk kejar masa berbuka..cari la umah dia org nie, mcm igt2 lupa. Nasib baik ler hubby aku nie expert, nk harapkan aku sure x sampai ler kat umah dia org. Hahhahaha.. akhirnya sampai ler umah dia org kul 7.25..dh azan dh pun..dia org siap tunggu kat dpn liff..

Masuk jer umah dia org, wah...surprise..hidangan berbuka puasa sungguh special..sue yg masak sendiri...ada ikan kerapu/siakap steam (aku x igt), masak lemak cili padi daging + nangka (masakan org negeri...sedaaaappp), sayur campur, sotong goreng tepung n buah tembikai...presentation food tu mcm kat hotel la pulak..

Abis mkn, g sembahyang then ada lak sessi cuci mulut..wah sue buatkan kita org ice blended choc n croissant...aku n hubby memang dh full dh x larat nk mkn croissant..dpt minum ice blended dia jer...fuh punya la sedap rasa mcm kat star bucks la pulak..cayalah sue..fuh hr tu perut memang betul2 full..memang sungguh SEDAAAPPPPPPPPPPP....thanks u all..nxt time blh ler dtg lg..hehehehee..insyaAllah turn aku lak menjamu korg berbuka posa...tunggguuuuuu.....

Wednesday, August 26, 2009

Terungkainya Tali Aqidah/Hukum Islam...

Semoga dapat di jadikan iktibar kita bersama......sama-sama la kita berdoasemoga Allah memelihara dan menguatkan iman kita dan seluruh umatIslam .... aminnnnn
KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN INI
Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam. Guru itu berkata, 'Saya ada satupermainan.... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah 'Kapur!', jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah 'Pemadam!' Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru bersilih-ganti mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat.
Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, 'Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah 'Pemadam!', jika saya angkat kayu pemadam, maka katakanlah 'Kapur!'.. Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi.
Selang beberapa saat, permainan berhenti. Guru tersenyum kepada anak muridnya. 'Murid-murid, begitulah kitaumat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, satelah musuh kita memaksakankepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya. Pada mulanya agak sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasa dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kita tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah/hukum Islam dari masa ke semasa.'
Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zinat idak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa,materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain.' 'Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan . Faham?' tanya Guru kepada anak muridnya.
'Baik untuk permainan kedua...' Gurunya meneruskannya. .....'Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?' Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba dengan tongkat, dan selainnya. Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet ..'Murid-murid,begitulah ummat Islam dengan musuhnya. .... Musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terangan. ....Kerana tentu anda akan menolaknya dengan mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan monolak kita secara ansur-ansur,sehingga kita tidak sedar. 'Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu,kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. . ......
''Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merusakkan kita. Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka... Dan itulah yang mereka inginkan.' 'Inisemua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita...
''Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?' tanyamurid- murid. 'Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi.''Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan,kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun'. 'Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang...
'UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT, DILALAIKAN DENGAN KEINDAHAN DAN MEMUJA KESERONOKAN HIDUP, HINGGA HILANG MARUAH DAN HARGA DIRI!!
JUSTERU, MARILAH, KITA BETULKAN APA YG TERMAMPU BERSAMA2..USAH HANYA BILA SEGALANYA SUDAH TERJADI, SAMA SEPERTI SAUDARA KITA DINEGARA2 LAINNYA, BARU KESEDARAN ITU TIMBUL, MUNGKIN MASIH BELUM TERLAMBAT TAPI KITA SUDAH TERLEWAT UTK MERUBAH DAN MEMBAIKI KEROSAKAN YG DIALAMI.YA ALLAH, SATUKANLAH UMAT ISLAM...AMIIINN. ..

Tuesday, August 25, 2009

Kehebatan Surah Al-Ikhlas

'Au zubillah himinashsyaitan nirrajim..bismilla hirrahmannirrahi m'

Tafsirannya:Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam,Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan. Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. Walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.
Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur.
Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad sa.w:'Barang siapa membaca Qul huwa'llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemendekaanAllah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka'. Inilah yang dinamakan membaca Qulhua'llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kitasehari..

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia,maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasititian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara Kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Alibahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran... Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r..a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surahAl-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi:
Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a..s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s,Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah kejumaat yang berikiutnya.

Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.


Nota:Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmuinikepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlahpesanankuwalaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu,hanya3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain

Joke ni maybe ade manfaatnya....

Beruang, Singa dan Babi bertemu di hutan...

Beruang : "Korang tau tak, sekali aku mengaum, seluruh hutan menggigil."

Singa : "Ek eleh! Tak power lagi. Aku kalo mengaum, semua belantarakegerunan."

Babi kata: "Wa La Weh.... Aku batuk skali aje, satu dunia panik beb!"

Beruang & Singa : Babi!!

Correct Way of Cooking Maggi..

The correct way to cook instant noodles without harming our bodies andhealth. `Normally, we cook the instant noodles by putting the noodlesinto a pot of water, throw in the powder and let it cook for around 3minutes and then it's ready to eat.This is the WRONG method of cooking the instant noodles.By boiling the powder,which have MSG, it will change the molecularstructures of the MSG causing it to be toxic.
The other thing that you may or may not realize is that, the noodles arecoated with wax and it will take around 4 to 5 days for the body toexcrete the wax after you have taken the noodles.
CORRECT METHOD :
1. boil the noodles in a pot of water.
2. once the noodles is cooked, take out the noodles, and throw away thewater which contains wax..
3. boil another pot of water and put the noodles into the hotboiling water and then turn off the fire.
4. only at this stage when the fire is off, and while the water is stillhot, put the ingredient with the powder into the water, to make noodlesoup.
5. however, if you need dry noodles, take out the noodles and add theingredient with the powder and toss it to get dry noodles.
A large number of patient, ages ranging from 18-24 years are endingup with pancreatitis either as a swelling or infection of thepancreas due to regular consumption of instant noodles..... If thefrequency is more than 3 times a week, then it is very hazardous...

Test Minda...kalau rasa diri tu terror...

JGN MAIN TIPU AAEEE??.

Ujian Dementia Betapa cekapnya anda!!
Di bawah ada (4 ) soalan dan satu soalan bonus. Anda perlu menjawab dengan pantas. Anda tidak boleh mengambil masa, perlu menjawabnya segera. OK? Mari cuba, lihat sendiri berapa pantas dan hebatnya diri anda.....

Ready? GO!!!

Soalan Pertama: Anda menyertai perlumbaan. Anda mengejar dan memotong orang yang kedua. Sekarang Anda ditempat yang ke berapa?


__________________________________________________________________



Jawapan: Jika jawapan anda tempat yang pertama, sudah tentu jawapan anda salah! Jika anda memotong orang kedua sudah tentu anda mengambil tempatnya, tempat kedua! Cuba jangan lihat atas semula untuk soalan seterus. Sekarang jawab soalan kedua, tetapi jangan ambil terlalu banyak masa seperti soalan pertama OK ?


Soalan Kedua: Jika anda memotong tempat orang yang terakhir, jadi anda di tempat...?





____________________________________________________________________



Jawapan: Jika jawapan anda tempat kedua terakhir, anda salah lagi.. siapakah yang terakhir, bagaimana anda boleh memotong orang yang terakhir? Adakah anda pantas dan cerdek, tidak begitu rupanya.?


Soalan Ketiga: Soalan kira-kira bermuslihat! Perhatian: Ini mesti dilakukan tanpa menggunakan fikiran sahaja Jangan guna kertas dan pensil atau mesen kira-kira. Cuba lah... Ambil 1000 dan campur 40. Sekarang campur lagi 1000. Campur lagi 30 Campur lagi 1000 . Campur lagi 20... Campur lagi 1000 . Campur lagi 10... Berapa kah jumlah semua?






____________________________________________________________________

Adakah jawapan anda 5000 ? Jawapan sebanar adalah 4100. Jika anda tak percaya gunakan mesen kira-kira.! Mungkin ini bukan hari anda kan ? Mungkin anda boleh jawab soalan yang akhir ini dengan betul .. Cuba .


Soalan keempat: Bapa Mary ada seramai lima orang anak gadis: 1. Nana, 2. Nene, 3. Nini, 4. Nono. Apakah nama anak gadisnya yang terakhir?







____________________________________________________________________


Adakah jawapan anda Nunu? Salah! sudah tentu Salah. Namanya Mary. Baca semula soalan!


Okay, cuba jawab soalan bonus: Sorang bisu pergi ke mini-market untuk membeli sebatang berus gigi. Dengan mengayakan lakunan memberus gigi ia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai dan ia berjaya membeli berus gigi itu. Seterusnya, seorang buta pergi ke mini-market, untuk membeli cermin mata hitam, bagaimana dia menerangkan kepada pekedai itu hasratnya. ...?








____________________________________________________________________

Dia hanya membuka mulutnya dan menyebut apa yang dihajati Mudah sahaja.

Heheheheeeeeee...so terbukti anda terror ke???

Tidak Akan Dihukum...

Bacalah dialog nie sekadar menghilangkan ngantuk dan bosan jer...hehehehe

Murid : Cikgu, apakah orang boleh dihukum untuk sesuatu yang belum dibuatnya ?

Guru : Oh, semestinya tidak. Orang hanya boleh dihukum untuk perbuatan yang telah dilakukannya.

Murid: Syukurlah, Cikgu. Saya belum membuat latihan yang diberi oleh cikgu semalam.

Mazmumah Di dalam Hati...

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah
paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer..bawak2lah senyum..tentu org tak takut nak dekat punyer..

2. Pendendam
tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lahh nie..)

3. Hasad
dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)

4. Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia

5. Tamak
orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar
andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh. .)

7. Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen)..pasal semua org ader egonya sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut...

8. Riak
terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada...

9. Cinta dunia
Tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah. .. Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Kesimpulan Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia ...buruklahh padahnya

Monday, August 24, 2009

Salam Ramadhan....

Salam semua..ramadhan menjelma lagi bagi Tahun 2009, syukur alhamdulillah dapat juga kita bertemu dan berkesempatan bersama-sama mengerjakan ibadah puasa pada tahun ini..mudah-mudahan ibadah kita ini akan diterima dan diberkati olehNya...amin...

Tahun ini merupakan tahun yg kedua aku menyambut Ramadhan bersama suami tercinta..alhamdullillah...tahun ini kami mengharapkan keberkatan dan juga hidayah dariNya dalam mengerjakan ibadah puasa ini...Hari ni dh masuk hari yg ke 4 kita berpuasa, so far semuanya berjalan dengan baik seperti apa yg kami rancangkan...rasanya puasa tahun ini lebih lengkap dan tenang...dapat kami menunaikan solat terawih bersama2...aku pun dapat la masak juadah berbuka dan juga bersahur...almaklum ler start puasa weekend, kalau kena weekdays aku rasa memang x sempat ler aku nk masak juadah berbuka puasa..balik dari office sure jemmed n sampai umah x tau ler kul brp...huhuhuhhuuuu...terpaksa la g bli juadah di bazzar ramadhan...

Semalam hari ke 3 kita berpuasa, aku n family amik kesempatan g berbuka puasa kat umah parents aku di s.alam...weekend x blh sebab dia org kena jg kedai pancing udang aku..so hari isnin jer la dpt berbuka bersama coz hr isnin kedai tutup...so pas kerja hubby amik then trus ke s.alam..kita org singgah di bazzar ramadhan seksyen 20..wah meriah sungguh seperti tahun2 yg lalu..tp kat s.alam nie memang best coz kita x perlu pening2 kepala nk cari juadah berbuka puasa sbb byk sgt bazzar ramadhan...mcm cendawan tumbuh...byk pilihan..kalau rasa2 dh bosan kat sek. 2, blh g ke sek.6, pastu blh g ke sek. 17, pastu blh g ke sek. 8. pastu blh g ke sek. 20, then kalau nk rasa yg paling meriah blh la ke bazzar stadium s.alam..kat situ byk pilihan makanan...hehehehee..tp harga paham2 jer la..mahal btl..ish kalau nk cerita pasal bazzar di s.alam memang x blh abis..dulu masa aku blm kawin aku n kakak aku n adik aku rajin ler g merata2 bazzar kat area s.alam nie...ada sekali tu aku igt sampai skang..kita org teringin ler nk menjengah ke bazaar stadium tu, so kita org g ler...sampai kat situ puas ler merayau2 cari2 makanan yg mana berkenan...abis jer membeli belah kita org pun gerak ler balik...masa tu dalam kul 6+ ler, adalah dlm 1 jam lg nk masuk waktu berbuka...memang sgt sempat ler sampai umah..tp kita org sampai umah lepas waktu berbuka disebabkan jemmed yg amat teruk sekali...ish2 serik kita org...so kalau nk g ke situ kena la g awal....apa lg kita org berbuka la dlm kereta..huhuuhuhuuuu...

Hari nie perancangannya nk berbuka puasa kat Johnny Alamanda....aku dh buat reservation dh pg td kul 10.30..hehehehe..bkn apa kalau x booked alamatnya memang x de tempat ler...terpaksa la tunggu lepas berbuka puasa..ish serik dh...so hari nie jd la plan kita org nk g berbuka di Johnny Alamanda..awal2nya nk ke Johnny Jusco Bandar Baru Kelang..aku pun tepon ler kat situ, tp peliknya x blh nk booked melalui tepon...kena g sana...ada ke patut..manala nk sempat kita org ke sana sblm kul 6...emm aku sure ler x dpt tempat kalau kita org ikut ckp dia org...yeala management x sama..so aku terus jer proceed booked kat alamanda..pas buka posa jer terus anta irfan n syam ke shah alam, then aku n hubby nk meronda2 kat PKNS...nk tgk2 baju kurung..manala tau kot2 ada yg berkenan di hati..hehehehe...hubby yg nk blikan...hehehehe..thanks abang...luv u so much la...muah...

Esok....x tau lg apa perancangan..aku rasa esok kita org cuma g bli juadah kat bazaar BK5 jer..kat ngan area umah..then buka puasa kat umah n g terawih....emmmm..so setakat nie la cita di bulan ramadhan...nanti sambung lg kalau2 ada cerita yg menarik yg blh dikongsi bersama...

Sunday, August 9, 2009

Our 1st Wedding Anniversary....08.08.09

baru je sampai di bukit tinggi...

branch time...mkn burger jer tp harga mak ai mahal tul..

kat rabbit park....comey2 belaka rabbit kat situ..

On d way ke Jappanies tea house..

hehehehe...jd org jepun kejap...

08.08.08-08.08.09 genap 1 tahun usia perkahwinan kami...alhamdulillah hubungan rumahtangga kami sangat harmoni dan bahagia...penuh dengan warna warni kasih sayang, ketenteraman, suka duka, dan juga hidayah dariNya yang kita kongsi bersama dan mengharungi segala2nya bersama...terima kasih abang atas apa yang telah abag curahkan selama ini..harap keharmonian ini akan kekal sampai bila2...amin....

Sempena ulang tahun perkahwinan kami, sekali lagi my hubby bawak g honeymoon...sejak dari bulan lepas lg mcm2 perancangan tempat honeymoon yang nk dituju..tp smuanya terbatal disebabkan H1N1 semakin serius..takut la gak nk ke oversea...so akhirnya dptla kata sepakat untuk berhoneymoon di Bukit Tinggi Colmar Tropicale..wah best gilllerrr kat sana..mcm berada di France jer..harga hotel blh tahan mahal giller mcm 5 star hotel jer ratenya...yg paling murah kat sana boleh dpt hotel bilik suite kat Istana Hotel KL...rasanya x berbaloi jer harga ngan presentation bilik hotel tu...hehehehe..tp ok ler sekali sekala utk honeymoon memang best..nie baru citer hotel blm lg citer makanannya...wah makanan memang mahal ala2 oversea rate..huhuhuhuuuu...almaklum ler byk org luar..international place...tp kalau nk jdkan dia destinasi honeymoon memang sesuai...romantis....mlm2 memang sgt cantik...memang happening...

sampai jer check in then g lunch patu trus g ke rabbit park...wah byk sungguh rabbit yg cantik2..bermcm2 baka rabbit yg aku jumpa, jinak2 lak tu..dpt ler berposing ngan rabbit2 yg besar2 lak tu..pas puas gambar ngan rabbit g lak bg mkn dongky..hehehehe...geli lak rasanya bila dia mkn makanan dia kat tapak tangan aku nie...hubby aku langsung x nk cuba sbb geli terasa lidah dia...hehehehe...ha dh puas balik hotel then siap2 utk g candle light dinner...memang sgt romantis...muah..thanks abang..pas dinner g anjung tinjau..tinggi giller..gayat aku dibuatnye..cantik permandangan kala mlm kat situ....besttttt...sejukkkkkk....

Siang hari kita org g terbang ke negara matahari terbit...Jepun...best giller..memang mcm berada di Jepun jer...cuma x der bunga sakura..hehehehee...sempat tu kita org pakai baju traditional jepun..hehehehe..sgt menarik..aku pakai kimono n hubby pakai bj samurai...hehhehee..best..puas posing kat taman jepun tu ngan berpakaian traditional dia org..pastu ke taman botanik...pastu balik ke hotel...then kita org berangkat balik meninggalkan france malaysia dan membawa kenangan yg amat indah di ulang tahun perkahwinan kami...thanks abang...luv u so much..muah..

Odw nk balik tu sempat lg kami singgah ke genting...saja jer nk menghirup udara segar n sejuk kat sana..kejap jer....tp apa pun masa cuti nie memang sgt n paling bermakna...terisi ngan byk sgt aktiviti sempena ulang tahun perkahwinan yg pertama...08.08.09....thank hubby...LUV U SO MUCH....nxt yr kita g oversea lak..tempat yg kita rancang x jd tu...hehehehehee...