Kita sebagai makhluk Allah dimuka bumi ini tidak pernah terlepas dari melakukan perkara-perkara yang mendatangkan kebaikan dan juga keburukan terhadap individu lain. Memang dua perkara ini menjadi lumrah kehidupan seharian kita yang mewarnai dan mencorakkan perjalanan dan permainan dalam kehidupan seharian kita. Kebaikan dan keburukan yang kita lakukan dengan sengaja mahupun tidak, ia hanya dapat dinilai oleh insan disekeliling kita dan bukannya diri sendiri. Kadangkala kita rasa ianya satu kebaikan, tapi pabila dinilai oleh individu sekeliling ianya bukan satu perkara yang mendatangkan kebaikan...malahan ianya telah mendatangkan keburukan pada individu lain....begitula sebaliknya....
Tapi.....dua perkara ini kadang kala membawa kita berfikir sejenak, sejauh mana sesuatu kebaikan itu dinilai dan diingati oleh individu terlibat????Dapat ke sesuatu kebaikan yang kita lakukan itu bertahan dalam lubuk hati sanubari 'mereka'???Sekiranya kebaikan itu dapat diingati, sejauh manakah ia mampu melekat diingatan 'mereka'???Adakah selama bertahun2 lamanya ataupun hanya seketika saja???Benarkah kebaikan itu akan hilang begitu saja???
Benarkah kata orang sesuatu kebaikan akan lenyap dalam kotak fikiran kita tanpa kita sedari dan ianya tidak dapat diimbau semula oleh 'mereka'. Mungkin benar....tambahan pula sesuatu kebaikan itu telah dilitupi oleh perkara keburukan yang kita lakukan pada 'mereka'. Cuba kita renung sejenak, kalau kita melakukan 100 kali kebaikan adakah ia akan sentiasa terpahat dalam hati 'mereka'...kalau ada pun berapa banyak??? 100, 50, 10, 1 ataupun tidak ada langsung? Tapi jika kita melakukan hanya 1 perkara yang buruk atau jahat, ia akan sentiasa diingati dan terpahat dalam sanubari 'mereka' sampai bila-bila dan kemungkinan hingga hujung nyawa...Dan 1 perkara keburukan ini amat besar impaknya kerana ia boleh menghapuskan 100 perkara kebaikan yang pernah kita lakukan terhadap 'mereka'.
Bukan kita mahukan balasan ataupun ganjaran diatas kebaikan yang telah kita berikan, tapi cukuplah hanya sekadar untuk 'mereka' menilai dan menghargainya. Jangalah 'mereka' tutup kebaikan kita ini diatas 1 perkara keburukan yang kita telah lakukan. Dapatlah kiranya 'mereka' menilai kembali segala kebaikan dan pengorbanan yang telah kita berikan sebelum 'mereka' menjatuhkan sebarang hukuman mahupun andaian yang buruk terhadap kita.
Inilah lumrah kehidupan....ianya berlaku pada setiap individu dalam situasi yang berbeza-beza. Coretan ini hanya sekadar renungan untuk kita bersama. Mudah-mudahan ia dapat memberi kebaikan dan kesedaran dalam diri kita. Dan semoga ia juga dapat membentuk diri kita menjadi insan yang lebih prihatin dan memahami hati budi insan lain...Hargailah setiap cebis kebaikan dan pengorbanan yang telah mereka taburkan pada kita ataupun keluarga kita. Janganlah hanya 1 keburukan yang dia lakukan memadam semua kebaikan dan pengorbanan yang telah dia berikan selama ini. Kadang kala tanpa kita sedari kita telah melukai hati 'mereka' dengan kata-kata dan keputusan ataupun hukuman yang kita ambil. Ingatlah setiap insan disekeliling kita ini punya hati dan perasaan, sama-samalah kita bertolak ansur dan menjaga hati dan perasaan mereka demi untuk mencapai 1 kepuasan kedua-dua individu....